Saturday, April 11, 2015

Wedding Note #21: Wedding Photo Part I - Photographer

Hana rasa semua tau sekarang ni terdapat banyak lambakan wedding photographer sama ada professional, non-professional dan part time photographer. Apa yang penting dalam memilih servis photographer mana yang anda nak guna, pastikan servis yang ditawarkan mematuhi beberapa syarat ni:

1) Siapa Photographer anda?
Ha, soalan cepu mas ni tak adalah susah macam soalan 'Bila nak kawen?' masa single dulu. Tapi mahu atau tak kena lah ambik tahu lebih sikit. Jadi stalker sekejap, jangan lebih-lebih! Tapi kalau takut sangat kena tipu, lebih baik ambil photographer yang anda dah kenal orangnya.

2) Pakej photografi
Pastikan pakej photografi yang anda pilih mematuhi kriteria anda. Apa yang ditawarkan? berapa sesi? berapa lama sesi photografi? complimentary service yang bagaimana? Jika anda memilih photographer yang professional, biasanya mereka tulis dengan jelas tentang servis yang mereka tawarkan. Complimentary service menentukan apa yang anda dapat dengan pakej tersebut. contohnya; Gambar yang anda dapat, adakah dalam CD atau USB Drive? Photobook berapa page? jenis photobook? Ada framed picture tak?

3) Harga
Nak hire photographer kena lah tahu berapa harga servis mereka? Berbaloi tak dengan servis yang ditawarkan? Jangan ingat kalau lagi mahal harga photographer tu, lagi tiptop servisnya. Kalau harga jer mahal tapi servis hampeh, baik tak payah! Lagi satu kena jelas dengan pembayaran. Photographer yang baik akan minta bayaran secara berperingkat. Deposit, On-The-Day atau Selepas siap gambar/photobook. Bergantung kepada photographer itu juga. Jangan bayar sekali gus. Nanti gambar tak ada, duit lesap!

4) Kualiti Gambar
Lain photographer, lain photography principle dia. Gambar yang dihasilkan juga berbeza. Nak cerita lebih-lebih bukan arif sangat pasal photography ni. hehehe.. Yang penting gambar cantik tak pecah. Boleh simpan 100 tahun lagi.. ceewah!!

Kenapa nak kena ada wedding photographer?
Antara semua benda yang kita buat masa hari perkahwinan tu, benda yang kekal adalah memori. Terpulang pada masing masing nak mengabadikan memori tu macam mana. Melalui kad kahwin ke, simpan kad kahwin sampai anak cucu. Nak simpan baju kahwin ke.. Nak simpan gambar ke, buatlah macam mana pun. Macam Hana, disebabkan dah semua benda Hana DIY-kan jer, kami simpan duit sikit untuk invest dekat gambar kahwin. Kalau gambar cantik, tengok gambar tu boleh rasa tersenyum-senyum macam baru kahwin, kiranya investment yang anda buat tu berbaloi lah. Hahaha..
Tapi mestilah mengikut kemampuan masing-masing..

Macam Hana, mulanya Hana hire kawan punya kawan ni. Buddy namanya. Hana kenal la dia. Tapi hana tak kawan pun dengan dia. Kiranya satu batch masa study dulu. Dia ambik course lain, hana ambik course lain. Mula-mula Hana hantar email untuk mintak quotation. Poyo jer hantar email. Padahal boleh jer mesej kat facebook mesenger. Lepas tanya semua benda, kita pun bayar deposit untuk book tarikh. Esok tu dapat invoice, dia emailkan. Nak dekat-dekat tarikh wedding tu Buddy bagi tau yang dia tak dapat nak commit on the wedding day. Tapi dia ada replacement photographer. Dia bagi tau la jangan risau semua pasal photographer tu punya photography principle sama jer dengan dia. tapi nanti masa wedding day bayar baki servis kat replacement photographer tu.

Ni Buddy punya FB page: EverybodyPhoto
Ni FB replacement photographer tu: Akidlevo Photography

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::