Sunday, March 22, 2015

Wedding Note #19: Pelamin DIY Part I

Untuk Pelamin DIY Part I, Hana nak cerita pasal how to construct a pelamin dengan ragam dan kerenah nak buat benda alah tu. Pelamin of course la nak DIY jugak. Waktu tu memang baru-baru nak strart trend pelamin Pallet ni.

Antara contoh-contoh pelamin Pallet yang kita boleh jumpa kalau google:

Untuk buat pelamin ni Hana n tunang bertungkus lumus la pergi belakang-belakang kedai, area gudang-gudang untuk cari pallet yang cantik. Bawak pulak dengan Myvi. Memang berapa ketul sangat lah yang dapat sekali bawak. Nak tak nak kena ulang alink juga lah. Pernah tanya kat satu hardware ni nak beli pallet yang baru tu memang mahal la.. Kami nak pakai banyak. Untuk platform nak pakai 2, untuk bench nak 1, untuk backdrop nak pakai 2, side table nak 1 pallet (boleh dapat 2 - satu kat bilik, satu kat pelamin). 

Pallet-pallet tu pulak mula-mula nak kena cuci dulu. Bersihkan kotoran yang melekat kat pallet tu. Tapak kaki anjing pun ada. Berus bersih-bersih. Mintak tolong adik-adik. Lepas dah cuci tu biarkan dia kering dulu. Pallet tu kita letak tepi, minggu depan sambung kerja lagi. Penat wooo...

Sehari sebelum majlis tu baru kita mula bertukang. Waktu tu la dah khemah dah start pasang, rewang pun dah mula sibuk, sedara-mara pun dah mula ramai. Tapi, disebabkan nak bertukang tak reti, kita mintak orang yang berupaya (adik lelaki serta pakcik-pakcik yang baik hati) walaupun diorang tu tak reti sangat pun sebenarnya. Hana jadi tukang bagi instruction je. Kat mana nak paku... Kat mana nak letak...

Untuk construction stage ni, ini la hasilnya:

Kita biarkan dia macam tu dulu, kita kemas dulu benda lain yang mana patut.

Bench pelamin tu sebenarnya pagi-pagi hari kejadian baru nak buat. Sebab malam tengok masing-masing dah penat n sibuk sangat-sangat. Hana pulak malam tu sibuk nak decorate Candybooth + Guestbook table lagi, Nak pakai inai lagi. Pastu esok pagi-pagi nak kena bangun untuk deco hantaran pulak (sbb pakai fresh flower). Mana ade pengantin nak duduk ayu-ayu rileks gitu. Nampak macam tak sempat kan? Alhamdulillah Allah permudahkan.. 

No comments:

Post a Comment

:: guruh berbunyi ::